Minta ustaz jelaskan maksud fahaman wahabi. Saya banyak membaca dari internet menyatakan bahawa bekas mufti perlis Dr. Asri berfahaman wahabi (betul atau tidak saya tidak tahu) tapi ada di antara kenyataannya saya baca dari internet yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunni/ mengelirukan antaranya:
i) mempelajari sifat dua puluh (ALLAH) melemahkan minda
ii)bacaan qunut dalam solat (subuh) tidak perlu
iii)soal saf kanak2 di belakang tidak perlu di pandang berat dan menjadikan minda sempit untuk membicarakan soal itu.
DLL..
Minta Ustaz perjelaskan sebab saya ragu-ragu dengan bekas mufti ini. Dr. Badrul Amin pun pernah menghentam bekas mufti ini.
Terima kasih, wassalam
p/s: penahanannya semalam sehingga kini tiada pertuduhan daripada JAIS.
Imam2 mujtahid, ulamak2 besar bersifat terbuka dalam perkara2 furu' seperti qunut subuh, baca talqin dan seumpamanya.
Lihatlah ulamak2 besar didunia hari ini seperti Syeikhul al-Azhar umpamanya apabila ditanyakan perkara furu' mereka akan menjawab dengan ilmiyah dan berlapang dada tidak memaksa orang ramai mengikut satu pendapat sahaja.
Pernah ditanya Al-Marhum Syeikh Ali Jaadul Haq bekas Syeikhul al-Azhar yg lepas tentang qunut subuh, beliau menyatakan kesemua pendapat yg mengatakan sunat dan yang mengatakan tidak sunat dengan disertakan dalil masing2 dan akhirnya membuat rumusan siapa yg baca qunut maka dapat baginya pahala dan solatnya sah dan siapa yg tidak membaca qunut maka solatnya telah telah pun sah kerana qunut bukannya syarat atau rukun sembahyang.
Begitu juga jawapan yg diberikan olih Syeikh 'Athiyah Saqr bekas Ketua Lujnah Fatwa Universiti Al-Azhar.
Kalau seorang bertaraf ustaz menyatakan qunut subuh adalah bid'ah maka seolah2 dia lebih alim dari ulamak2 besar diatas. Adakah di terima aqal dia lebih alim dan ulamak2 tersebut tidak tahu atau bodoh?
Ini jika dibandingkan dengan ulamak Al_azhar, belum lagi dibadingkan dengan Imam Syafie rahimahullah Taala.
Wallahua'lam
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.
- Golongan Wahabi lebih suka
menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang
bermaksud 'satu Tuhan'.
- Mereka mendakwa menurut
pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al
Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah.
Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn
Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah,
bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
PENGASAS
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.
Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.
Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah].
Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.
Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.
Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya, namun setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :
- Meruntuhkan kubah /
bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla,
makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun
1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
- Meruntuhkan kubah /
bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah
tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada
penyembaahan berhala.
- Melarang orang ziarah makam
Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya
semata-mata kepada Allah.[2]
- Melarang mengadakan
perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini
dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah
diamalkan oleh nabi sendiri.
- Melarang melagu-lagukan
azan sebagaimana dalam hadith [3],
terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
- Melarang membaca qasidah.
- Melarang melagu-lagukan al
Quran.
- Melarang membaca Selawat
Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap
puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan
oleh nabi sendiri.
- Melarang mengaji Sifat 20
seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah
as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid
Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua
ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak
pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Pandangan Siradjudin
Abbas
Siradjudin Abbas menulis susur galur
fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia.
Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab
adalah seperti berikut :- Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus
menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
- Di dalam Fiqh diharuskan
menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
- Mengambil sumber Al-Quran
dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.
- Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
- Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang
yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah
dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
- Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya
menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat
Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
- Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
- Melarangkan umat Islam
merayakan dan memperingati Maulidur
Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran
Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
- Melarang belajar tentang
"Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid",
"Husun Hamadiyah" dan
lain-lain yang serupa itu.
- Fahaman Asy'ari, iaitu
fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah
hendaklah dibuang jauh-jauh.
- Tidak boleh membaca kitab
"Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
- Tidak boleh melagukan lafaz
Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan
lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
- Azan tidak boleh
berlagu.
- Membaca zikir "La illa
ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
- Imam tidak membaca
"Bismillah"
dalam Solat.
- Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain
dilarang keras.
- Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. [5]

No comments:
Post a Comment