Bismillah...
Kebelakangan ini, banyak hal yang terjadi.
Misari hanya sempat bersama kami selama 10 hari dan kemudian dia harus kembali
pulang ke tanah airnya kerana sakit.
Kini kami masih menunggu gantian pembantu yang baru.
Mak, kurang sihat sekembalinya dia dari Beijing.
Dalam umurnya yang sudah menjangkau 60an, dia sudah tidak berdaya mengagahkan diri
untuk bangun membuat kerja-kerja lain selain dari menunaikan ibadah solat.
Aku bimbang...dengan taraf kesihatannya saat ini.
Walaupun mak selalu berkeras mengatakan yang dia mampu utk bangun lagi, masih sihat lagi, masih boleh bergantung pada ubat-ubatan, tapi aku masih bimbang meninggalkannya seorang dlm keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik.
Aku berdoa setiap hari agar mak diberi kesihatan yang baik agar dia
mampu mengerjakan ibadah dengan sempurna.
Kebelakangan ini juga, terlalu banyak hal yang menghimpit.
Hal-hal kecil dan besar.
Urusanku didunia mahupun bekalan yang masih kucari untuk dibawa keakhirat kelak.
Aku harus membulatkan tekad, walau dengan apa cara sekalipun, aku mesti
mempelajari bacaan Al-Quran dengan sebutan tajwid yang betul
dengan bersungguh-sungguh.
Kadang-kadang iman menjadi turun naik seperti aku yang sering berperang dengan nafsuku sendiri.
Kadangkala menjadi hampir tewas kerananya.
Begitulah sang iblis laknatullah yang sering berdendam dengan keturunan Adam.
Mereka tidak pernah berputus asa menggoda dan mencucuk hati manusia agar
terdorong melakukan dosa.
Justeru,
mengapa aku mesti berputus asa untuk menentang keturunanya pula dengan habis-habisan??
Aku tidak ada pilihan lain selain dari berjuang bermatian-matian
untuk membebaskan diriku dari penjara nafsu ini.
tetapi...aku tidak mampu melakukan semua ini
tanpa pertolonganMu ya Allah...
Bantulah aku ya Allah...
sabarkan aku dalam menjalani hari-hari depanku.
Berilah aku peluang untuk menebus kembali dosa-dosaku yang lepas.
Ya Allah...
Aku tidak pernah mengharapkan pahala dariMu tapi cukuplah jika Kau sudi
memandangku, mendengar doa-doaku dan mengampunkan kesemua dosa-dosaku.
Aku takut mati dalam keadaan yang kufur.
Aku takut disiksa didalam kubur.
Aku takut jika Kau tidak mengakui bahawa aku ini hambaMu.
Aku takut jika Kau memurkai aku ya Allah...
Lindungilah aku dari fitnah dunia ini ya Allah....
Bantulah hatiku untuk mengingatiMu selalu
Hari ini aku berpuasa lagi.
InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment