Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


H i d u p



Bismillah...

Hidup adalah perjalanan mencari kebahagiaan
sekaligus kehilangan kebahagiaan yang lain.
Hidup adalah tidak mendapatkan semua yang kita inginkan.
Hidup adalah menentukan pilihan atau tidak memiliki pilihan sama sekali.
Begitulah aku belajar tentang hidup.
Berani menghadapi dan berani melepaskan.
Dari sebuah perjalanan jauh berpenghujung
bersama
pilihan yang bakal merubah isi kehidupan dan keyakinanku,
yang menjadikan matahari...bulan...bintang...langit...awan
dan hujan tidak akan pernah sama lagi
dan akan
membuat hidupku yang dulu tidak akan pernah sama lagi.

Aku telah berhenti disini untuk bermula lagi
Melangkah dengan kalimah bismillah
tekad, keazaman dan istiqomah...
Biarlah hidup dan matiku selepas ini hanya kerana Allah S.W.T.
InsyaAllah...





No comments: