Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


Doa (Jumaat * 30/4/10)



Bismillah...
Alhamdulillah
Hari ini masih bercuti dan
berkesempatan menziarahi kubur ayah bersama mak.



( D O A )


Ya Allah,
ampunilah segala dosa-dosaku dan dosa kedua ibubapaku
sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu masih kecil.

Ya Allah,
Engkaulah Maha Mendengar, Maha Menolong dan Maha Pemberi,
berilah kepadaku rezeki yang halal.
Berilah kepadaku jiwa yang tenang, fikiran yang lapang,
hati yang terang dan semangat yang kuat untuk meneruskan kehidupan ini.
Berilah aku kesenangan, kebahagiaan, kemuliaan
dan bantulah hatiku untuk mengingatiMu selalu.

Ya Allah,
sesungguhnya aku lebih tahu tentang diriku daripada mereka
dan Engkau lebih tahu pula tentang diriku daripada aku.
Ya Allah,
jadikanlah diriku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan
dan ampunilah bagiku barang yang tidak mereka ketahui.

Ya Allah,
kurniakanlah kepadaku keinginan sungguh-sungguhnya untuk mengingati
dan mengikuti jejak langkah Rasullullah S.A.W,
permulaannya, penghabisannya, lahirnya, batinnya,
perbuatannya, perkataannya, ibadahnya dan amal baktinya.

Ya Allah,
Kau bukakanlah pintu-pintu Rahmat bagiku.
Kau lindungilah aku dari fitnah dan kutukan hasutan syaitan.
Kau bimbinglah hambaMu ini kejalan yang benar.
Peliharalah budi pekertiku dangan RahmatMu.
Kay sihatkanlah aku Ya Allah.
Kau permudahkanlah urusanku di dunia miskipun di akhirat.

Ya Allah,
sekiranya ada rezekikudi bumi maka keluarkannya,
jika adanya jauh maka permudahkannya dengan kebenaranMu.
Berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi dugaan hidup.
Berikanlah aku kesabaran dan ketabahan dengan ketetapan iman.
...dan hanya kepadaMu aku memohon.
Hanya kepada Engkaulah aku berserah...tiada yang lain.
Engkaulah tempatku berlindung.
Makhbulkanlah doaku...

Amin Ya Rabbala'lamin





No comments: