Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


Mak










Mak,

Ampunkanlah aku untuk kali ini
seperti kau selalu mengampunkan kesemua kebiadabanku dulu
Aku anak yang gagal
dan kata-kata pun tak mampu melukiskannya
Jika anak titipan suci ilahi
mengapa kau terlalu berani melahirkan si gagal yang biadab ini?

Mak,

Tidakkah kau fikir, jika kau baik hati
aku pun tak jauh dari keturunan itu
Tidakkah bertanggungjawab aku ini, mak?
Aku datang saat kau telah lelah menjadi tua
Aku pelukmu saat tidak ada sesiapa lagi yang sudi berbagi

Bila hari ini,
aku duduk dalam rentang waktumu yang menggila dulu

Jelas,

tidak ada lain selain menawarkan hanya rasa sakit
Tradisi tentang pedih dan soal derita
 Jangan berani tanya tentang hak
Jangan berani tanya tentang harapan
Jangan berani tanya tentang pilihan
Sebab tiap waktu dan tempat tidak pernah ada yang sama
 Seluruh rasa ini berputar memberiku makna yang entah apa

Betapa kerasnya hatiku dulu, mak
Jangankan turut terguriskan bahagia hatimu yang sering direnggut
untuk berdamai dengan diri sendiri pun aku tak mampu

Mak,

Ampunkanlah aku untuk kali ini
Aku sebenarnya ketakutan
Aku takut jadi mak yang baik hati
Aku takut jadi anak yang biadab
meski hanya berucap sabar dan tawakal
ampunkanlah aku untuk kali ini
seperti kau selalu mengampunkan kesemua kebiadabanku dulu








8 March 2010





No comments: