Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


Berbaik sangkalah walaupun sukar...


Bismillah...


Apa yang lebih baik dari berbaik sangka pada orang yang benci sungguh ke kita?

Kadang-kadang tak semena-mena, tak bertegur sapa.
Tak nak langsung memandang muka kita, bercakap dengan kita apatah lagi...

Kita bukan malaikat...dia tahu kita pun tahu.
Kesilapan yang kita lakukan kadang-kadang menjadikan suasana pertalian itu keruh
tanpa kita sendiri sedari.

Kalau kita menghadapi dugaan sebegini,
BerSABARlah...
dan cubalah sedaya upaya untuk mengawal hati agar kita tidak bermasam muka dengannya.
Biarlah kita dipulaukan oleh dia, tapi bagi pihak kita,
biarlah kita yang mengalah.
Kalau-kalau berselisih dijalanan,
kita masih memberi salam kepadanya.
Jika dia berkecil hati kerana ada kata-kata atau perbuatan yang tidak disengajakan,
maka tugas kita ialah mencari jalan supaya dapat dan sempat
meminta maaf kepadanya dengan hati yang ikhlas,
selebihnya berserahlah kepada Allah S.W.T

Bukankah Allah beri kita dugaan kerana Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita...

Selamat menunaikan ibadah dengan jujur dan ikhlas
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu
datangnya dari kita sendiri.



Wasalam...







No comments: