Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


Astagfirullah...


Bismillah...

Dunia ini FITNAH.
Berdiri diatasnya seperti menghulurkan tengkuk
sedia untuk dipancung.

Mengapa masih terlalu sukar mencabut paku-paku dosa dari hati yang masih juga hitam
sedangkan ilmu yang memutihkannya penuh didada,
cukup untuk mendirikan ISLAM sebagai pegangan hidup.

Aku mencari ilmuNya kerana Allah.
Aku mendirikan kewajibanku kerana Allah.
Aku mahu hidup dan matiku hanya kerana Allah.
Janganlah jadikan diriku termasuk dari golongan kufur seperti mereka yang beribadah 
bukan keranaMu Ya Allah...
Seperti
mereka yang lantang melaungkan namaMu 
tapi bukan juga keranaMu Ya Allah...
dan
Kaulah yang menurunkan segala bentuk pembalasan
Penyakit-penyakit kemunafikan itu 
dikalangan mereka yang berilmu sehingga mereka terlupa akan azab siksaMu kelak.

Astagfirullah....





No comments: